Portal keahlian rasmi

Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor

Urus keahlian anda, daftar program cerapan dan mohon semakan arah kiblat dalam satu portal.

1,100+ahli berdaftar di seluruh Selangor
Sejak 200823 Muharram 1429 Hijrah
0193-08-SELpertubuhan berdaftar

Satu portal untuk ahli dan orang awam

Ahli menguruskan keahlian di sini. Orang awam boleh mendaftar program dan memohon semakan kiblat tanpa membuka akaun.

Untuk ahli

Keahlian PAFNS

Sertai komuniti pengamal dan peminat ilmu falak Selangor. Keahlian aktif sebaik bayaran yuran disahkan, lengkap dengan No. Ahli dan kad ahli digital.

  • Kad ahli digital dengan QR pengesahan
  • Harga ahli untuk setiap Program PAFNS
  • e-Sijil, resit rasmi dan dokumen ahli dalam portal
Yuran pendaftaran
RM25 kali pertama
Pembaharuan
RM20 setahun
Terbuka kepada semua

Program PAFNS

Cerapan hilal, kursus peralatan falak tradisional dan bengkel kiblat. Pilih satu atau beberapa program dalam satu pendaftaran.

RM30ahli dan pelajarRM50orang awam
Lihat dan daftar program
Terbuka kepada semua

Semakan arah kiblat rumah

Pakar Qiblat PAFNS hadir ke rumah anda untuk menentukan dan menanda arah kiblat.

RM20dalam talianRM50tunai selepas selesai
Mohon semakan kiblat
KAD AHLI PAFNSPersatuan Ahli Falak Negeri Selangor
Nama ahliNAMA AHLI ANDA No. ahliPAFNS-01234 Aktif

Kad ahli digital, sentiasa dalam telefon anda

Log masuk untuk memuat turun kad ahli dengan kod QR pengesahan. Petugas program boleh mengimbas kod itu untuk mengesahkan keahlian anda serta-merta.

  • Pengesahan QRKeahlian disahkan terus daripada rekod rasmi PAFNS.
  • Harga ahli untuk programRM30 setiap program berbanding RM50 untuk orang awam.
  • e-Sijil programSijil penyertaan boleh dimuat turun selepas program.
  • Resit rasmiSetiap bayaran direkod dengan resit yang boleh disahkan.
  • Pengumuman dan dokumenPerlembagaan, minit mesyuarat dan hebahan persatuan.
  • Peringatan pembaharuanDimaklumkan sebelum keahlian anda tamat tempoh.

Empat langkah menjadi ahli

Pendaftaran dan bayaran dibuat sepenuhnya dalam talian.

  1. Langkah 1

    Daftar akaun

    Isi borang dengan No. KP, gambar berukuran pasport dan nama pencadang. No. KP menjadi ID log masuk anda.

  2. Langkah 2

    Bayar yuran RM25

    FPX perbankan internet, DuitNow QR, atau pindahan bank dengan muat naik bukti bayaran.

  3. Langkah 3

    Keahlian aktif

    No. Ahli dikeluarkan sebaik bayaran disahkan. Keahlian sah selama setahun.

  4. Langkah 4

    Muat turun kad ahli

    Kad ahli digital dengan QR pengesahan tersedia dalam portal. Perbaharui RM20 setiap tahun.

Sudah mempunyai akaun? Log masuk untuk membayar, memperbaharui atau memuat turun kad.

Mula daftar Log masuk

Program akan datang

Terbuka kepada ahli, pelajar dan orang awam. Pendaftaran dan bayaran dalam talian.

  • 14Nov 2026

    Kursus Peralatan Tradisional Falak: Rubuk Mujayyab dan Jam Matahari

    Sabtu, Balai Cerap Selangor

    RM30 ahli
    RM50 awam
  • 12–13Dis 2026

    Mencerap Hilal 3 Rejab

    Sabtu dan Ahad, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

    RM30 ahli
    RM50 awam

Jadual terkini, tempat yang masih ada dan pautan kumpulan WhatsApp program dipaparkan di halaman Program PAFNS.

Daftar program

Semak status keahlian

Masukkan No. Kad Pengenalan untuk melihat status dan tarikh tamat keahlian. Log masuk tidak diperlukan.

Sengkang (-) tidak perlu. Untuk permohonan Program atau Qiblati, semak dengan No. Rujukan di halaman Program atau Qiblati.

Soalan lazim

Jawapan ringkas tentang keahlian, bayaran dan portal ahli.

Laman rasmi pafns.my
Siapa boleh menjadi ahli PAFNS?
Sesiapa yang berminat dengan ilmu falak boleh memohon. Dalam borang pendaftaran, pilih nama pencadang (ahli jawatankuasa PAFNS) daripada senarai yang disediakan.
Berapakah yuran keahlian?
Yuran pendaftaran kali pertama ialah RM25 untuk setahun keahlian. Selepas itu, pembaharuan ialah RM20 setahun. Jika anda memperbaharui lebih awal, tempoh baharu disambung dari tarikh tamat semasa.
Bagaimana cara membayar?
Bayar dalam talian melalui FPX atau DuitNow QR (ToyyibPay), atau buat pindahan bank dan muat naik bukti bayaran dalam portal. Bayaran dalam talian disahkan serta-merta; bukti pindahan bank disemak oleh urus setia dalam 1 hingga 3 hari bekerja.
Bila keahlian saya aktif?
Sebaik sahaja bayaran disahkan. No. Ahli dikeluarkan secara automatik dan kad ahli digital boleh dimuat turun dari halaman utama portal.
Saya terlupa kata laluan.
Gunakan Lupa kata laluan di halaman log masuk. Jika emel anda tidak berdaftar, hubungi Khidmat Sokongan e-Ahli PAFNS melalui WhatsApp untuk menetapkan semula kata laluan.
Bolehkah orang awam menyertai program atau memohon semakan kiblat?
Boleh. Program PAFNS dan semakan arah kiblat terbuka kepada semua tanpa perlu membuka akaun. Setiap permohonan menerima No. Rujukan melalui emel untuk semakan status.
Bagaimana kod QR pada kad ahli digunakan?
Tunjukkan kad ahli digital kepada petugas program. Imbasan kod QR akan memaparkan status keahlian terkini anda daripada rekod rasmi PAFNS.
WhatsApp urus setia